833e575b-1afa-4ff6-8915-281413a57a07.png
SURI Berkemahiran
Bidadari Idaman

Ketenangan dan kebahagiaan seorang wanita itu bermula dari rumah. Bagi kami di Mama Nana, memperkasakan wanita bukan bermaksud menyaingi lelaki. Tapi tentang bagaimana setiap individu, sama ada wanita atau lelaki, memainkan peranan mereka dengan seimbang dan saling melengkapi. Kami percaya suri rumah adalah tunjang keluarga bahagia. Maka, kami berusaha membantu wanita untuk menjadi ibu dan isteri yang berkemahiran, yakin, dan bangga dengan peranan mereka… walau dunia berubah sekelilingnya..

Rambut beruban awal dari usia? Jom ketahui punca uban dan rawatannya.

Punca Rambut Beruban

AI generated image by RakanDigital.my

Kebanyakan kita mula risau apabila mendapati rambut bertukar putih. Terdapat pelbagai teori di sebalik fenomena ini, ada yang mengatakan ia berpunca daripada tekanan, genetik, atau penggunaan syampu yang salah. Jadi, apakah sebenarnya penyebab rambut menjadi putih?

Rambut yang sering dianggap mahkota kita biasanya berwarna hitam, tetapi tidak jarang juga ada yang berwarna perang atau bercampur tona. Di sebalik rambut hitam tersebut, uban mulai muncul. Warna rambut terhasil daripada pigmen melanin, yang sama dengan pigmen yang memberi warna kepada kulit. Apabila melanin berhenti berfungsi, rambut mula kelabu dan akhirnya menjadi putih sepenuhnya.

Separuh Rambut Hitam, Separuh Putih

Folikel rambut menghasilkan pigmen melanin yang memberi warna hitam kepada rambut. Namun, apabila penghasilan melanin berkurang, kebiasaannya kerana faktor usia, warna rambut mulai pudar menjadi kelabu, perak, dan putih. Ramai menyalahkan stress sebagai faktor, tetapi sebenarnya genetik lebih mempengaruhi. Jika ibu bapa anda mula beruban di usia muda, anda mungkin berisiko tinggi mengalami perkara yang sama pada usia awal.

AI generated image by RakanDigital.my

Adakah Tekanan Sebab Rambut Beruban?

Meski ramai berpandangan sedemikian, hakikatnya tekanan bukan penyebab uban secara langsung. Namun, tekanan boleh menyebabkan rambut gugur. Jika folikel rambut baru kekurangan melanin, rambut yang tumbuh akan menjadi putih atau kelabu.

Perlukah Mencabut Uban?

AI generated image by RakanDigital.my

Tidak perlu. Mencabut uban boleh merosakkan folikel rambut. Adalah lebih baik menerimanya. Anda boleh juga mencuba mewarnai rambut dengan bahan organik atau menerimanya seadanya. Uban adalah tanda kematangan usia.

Penemuan Kajian Terkini:

  1. Keterkaitan uban dengan kesan teruk jangkitan COVID-19 (Ramos et al 2020)
  2. Gen RAB27a memainkan peranan dalam pertumbuhan rambut dan uban (Kyung-Eun Ku et al 2020)
  3. Pengurangan serum ferritin dan vitamin D dikaitkan dengan uban pra matang di Mesir (El-Husseiny et al 2020) [Amalkan CMDHydroD untuk membekalkan mineral, termasuk zat besi dan vitamin D, bagi melambatkan uban]

Jadi, jangan terlalu khawatir jika rambut anda beruban. Ia mungkin disebabkan oleh kurangnya pigmen melanin. Terimalah perubahan ini sebagai sebahagian daripada fisiologi manusia. Banyak kajian mengaitkan pemakanan dengan penghasilan melanin, dan ini mungkin boleh dibincangkan dalam penulisan lain. Makanan kaya antioksidan seperti ginseng, resveratrol daripada anggur, dan raspberry mungkin dapat membantu.

Kesimpulannya, terimalah uban seperti sedia ada.

Rujukan:

  1. Tobin DJ, Paus R. "Gray: Gerontobiology of the hair follicle pigmentary unit." Exp Gerontol. 2001;36(1):29-54.
  2. Ramos PM, Ianhez M, Miot HA. "Alopecia and Gray Hair Are Associated with COVID-19 Severity." Exp Dermatol. 2020; PMID: 33098701.
  3. El-Husseiny R, Alrgig NT, Abdel Fattah NSA. "Epidemiological and biochemical factors associated with premature hair graying." J Cosmet Dermatol. 2020; PMID: 33001544.
  4. Ku KE, Choi N, Sung JH. "Inhibition of Rab27a and Rab27b affects hair cycle and growth." Int J Mol Sci. 2020; PMID: 32784729.